Laluan Vaksin Malaysia-Singapura Dirasmikan Hari Ini

Sempadan Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) melalui laluan udara dan darat antara Malaysia dan Singapura dibuka secara rasmi bermula hari ini.

laluan vaksin malaysia-singapura dirasmikan hari ini

VTL merupakan mekanisme yang dipersetujui kedua-dua negara yang dijangka dapat memudahkan rakyat kedua-dua negara untuk pulang tanpa menjalani kuarantin.

Seiring dengan perkembangan tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal terbang ke Singapura pada hari ini bagi memenuhi jemputan Perdana Menteri Singapura Lee Hsein Loong.

Beliau juga dijadualkan mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura, Halimah Yacob dan bermesyuarat dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong.

Kedua-dua pemimpin akan berbincang mengenai kerjasama dua hala Malaysia-Singapura termasuk mengenai peluang kerjasama baru, terutama dalam usaha-usaha pemulihan daripada kesan pandemik COVID-19.

Kedua-dua Perdana Menteri juga akan saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Lawatan itu akan dilaksanakan dengan pematuhan penuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.

 

Sumber: [1]