Setakat Ini Masih Belum Ada Sesiapa Berjaya Jalan Pada Laluan Terpanjang Di Dunia Ini

Banyak cabaran yang telah berjaya dilakukan manusia di dunia ini. Antaranya menyelam ke laut paling dalam, mengembara ke luar angkasa lepas, dan membuat pelbagai ciptaan teknologi yang kedengarannya seperti mustahil.

.

Namun ada satu cabaran yang masih belum ada mana-mana manusia berjaya melakukannya iaitu berjalan pada laluan darat paling panjang di dunia.

setakat ini masih belum ada sesiapa berjaya jalan pada laluan terpanjang di dunia ini

Laluan sepanjang 22,387 kilometer ini memerlukan 4,492 jam atau lebih 187 hari tanpa henti, bermula dari Cape Town di Afrika Selatan dan berakhir di lokasi paling hujung daratan di Magadan dekat Rusia.

.

Laluan darat terpanjang di dunia ini memerlukan individu yang kuat stamina dan mental kerana akan melalui pelbagai jenis cuaca berbeza, daripada panas kepada sejuk melampau misalnya di Siberia. Malah laluan darat ini akan melalui negara yang sedang berdepan dengan konflik peperangan seperti di Rusia dan Ukraine. Difahamkan setakat ini masih belum ada mana-mana individu yang berjaya melalui laluan ini lagi.

setakat ini masih belum ada sesiapa berjaya jalan pada laluan terpanjang di dunia ini

Video laluan darat paling panjang di dunia ini telah dikongsikan seorang pengguna Tiktok, @sherifelsahly dan mendapat lebih 49.8 ribu tanda suka.

 

@sherifelsahly Do you think you can complete this?😱#sherifelsahly ♬ original sound - sherifelsahly

 

Sumber: [1]