Seorang presiden dan empat pemain sebuah kelab di Brazil telah terlibat dalam satu nahas kapal terbang terhempas di Tocantins.
Menurut jurucakap kelab itu melalui satu kenyataan, pesawat tersebut sedang berlepas namun tiba-tiba sahaja terhempas di hujung landasan.
Menurut laporan itu juga, pesawat yang membawa ahli kelab Palmas tersebut sedang dalam perjalanan menuju ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova.
Mangsa dikenali sebagai presiden Lucas Meira dan pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari, serta juruterbang.
Buat masa ini, punca kemalangan masih lagi disiasat.
Sumber: Astro Awani