Memang Sedap Hidangan Kurma Butter Tapi Ini Risiko Jika Ambil Berlebihan

Hampir setiap tahun, pasti akan ada sekurangnya satu hidangan yang viral dan mesti dicuba apabila tibanya bulan Ramadan.

 

Tahun ini, media sosial dibanjiri dengan hidangan yang cukup mudah lagi lazat, iaitu kurma butter atau kurma mentega.

 

@syoksyoksyok Korang dah try ke kurma butter yang viral tu? ramai cakap sedap! sesuai buat makan sahur. Try lah nanti. Selamat berpuasa geng! #SYOK #syoktry #kurmabutter #viral #foodfest #foodfestontiktok #makan #puasa #ramadan #fun #fyp #fypシ ♬ Bright and fun upbeat pops, Kids, Animals, Pets, Fun, Cute, Happy, Playful, Upbeat(1465232) - SAKUMAMATATA

 

Umum sedia maklum kurma mempunyai pelbagai khasiat dan mineral penting serta serat untuk tubuh. Tetapi, bagaimana pula apabila kurma ditambah dengan bahan lain seperti mentega? Adakah ia baik untuk dimakan, atau sebaliknya?

memang sedap hidangan kurma butter tapi ini risiko jika ambil berlebihan

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, hidangan kurma butter dikhuatiri boleh membawa kemudaratan jika ia diambil secara berlebih-lebihan.

 

Ujarnya mentega adalah lemak haiwan yang mempunyai lemak tepu yang tinggi. Ia juga tinggi kalori dan seterusnya boleh meningkatkan paras kolestrol jahat, serta menyebabkan kegemukan.

Menurut pakar dietetik, Nur Aiman Taslim berkata menu kurma mentega boleh menjadi pilihan ketika bersahur kerana ia membekalkan tenaga untuk badan, namun ia tidak seharusnya diambil secara berlebih-lebihan.

 

“Ia akan bekalkan sebanyak 224 kalori dengan pecahan anggaran 70 hingga 80 kalori untuk empat biji kurma dan 110 hingga 145 kalori untuk empat sudu teh mentega.

“Namun begitu, pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan aras kolesterol jahat meningkat dan secara tidak langsung meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular,” jelasnya.

memang sedap hidangan kurma butter tapi ini risiko jika ambil berlebihan

Dalam pada itu, bekas mufti Wilayah Persekutuan, Datuk dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi dalil yang menyebut hidangan kurma kering dan mentega ini adalah kegemaran baginda Rasullullah SAW.

Sumber: Public Health Malaysia / Kosmo / Maktabah Al-bakri