Pelancong Dari Amerika Syarikat Pula Curi Panjat Merdeka 118!

Jika sebelum ini dua pasangan dari Rusia dilaporkan menceroboh dan memanjat puncak menara Merdeka 118, kali ini tular video kumpulan dari Amerika Syarikat pula melakukan perkara sama.

pelancong dari amerika syarikat pula curi panjat merdeka 118!

Menerusi Youtube Driftershoots, video yang dimuatnaik pada 30 Disember lalu jelas menunjukkan sekumpulan lelaki dari Amerika Syarikat menceroboh masuk menara kedua tertinggi di dunia, Merdeka 118 yang masih belum siap dibina.

pelancong dari amerika syarikat pula curi panjat merdeka 118!

pelancong dari amerika syarikat pula curi panjat merdeka 118!

pelancong dari amerika syarikat pula curi panjat merdeka 118!

Berikut adalah penerangan menerusi ruangan kapsyen video berkenaan:

“Sebentar tadi saya dan tiga lagi rakan penjelajah telah pergi ke Kuala Lumpur untuk mendaki dan mengambil gambar Merdeka 118, Bangunan kedua tertinggi di dunia dengan ketinggian 679 Meter.

“Perjalanan yang panjang dan sukar serta penuh cabaran. Beberapa percubaan yang mungkin berakhir dalam penjara untuk individu tertentu, jadi kami tahu kami berhadapan kemungkinan besar.

“Perjalanan itu berakhir dengan jayanya dan ia hadiah akhir tahun menerusi rakaman ini. Video ini adalah ekspresi artistik kebebasan yang dilakukan dalam dan untuk cinta, saya tidak menggalakkan sesiapa untuk mencipta semula tindakan yang ditunjukkan dalam video ini,” tulis mereka.

 

Video yang dimuatnaik di Youtube ini juga diarahkan oleh pengguna Instagram @driftershoots dan disunting oleh @Errorflict, seperti yang ditulis dalam ruangan kapsyen.

 

 

Sumber: Youtube