Kulat Maut Kini Merebak di Amerika Syarikat, Masih Tiada Ubat Berkesan

Beberapa kes yang melibatkan jangkitan kulat maut telah dilaporkan merebak ke rumah jagaan dan juga hospital seluruh Amerika Syarikat, yang mana ia dilaporkan kebal terhadap sebarang rawatan sedia ada.

kulat maut kini merebak di amerika syarikat, masih tiada ubat berkesan

Dikenali sebagai Candida auris, jangkitan kulat yang pertama kali dikenal pasti di Asia pada 2009, dilaporkan muncul di sebuah rumah jagaan di Washington DC dan di dua hospital di Dallas, Texas.

 

Beberapa kes menunjukkan penyakit itu mampu bertahan terhadap tiga jenis rawatan ubat utama.

 

Dr Meghan Lyman, seorang pegawai perubatan di Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), berkata: "Ini adalah pertama kalinya kami mula melihat pesakit sepertinya mendapat jangkitan antara satu sama lain."

 

Candida auris adalah kulat bentuk yis yang dianggap sangat berbahaya bagi pesakit hospital dan warga tua yang mempunyai masalah kesihatan yang serius.

kulat maut kini merebak di amerika syarikat, masih tiada ubat berkesan

Kulat ini dilaporkan berupaya memasuki saluran darah, jantung atau otak dan akhirnya menyebabkan kematian.

 

Wabak jangkitan ini khasnya di tempat penjagaan kesihatan telah digolongkan sebagai ancaman oleh  Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

 

Sama seperti virus lain, virus ini dapat merebak dengan mudah melalui kontak pesakit atau di permukaan yang tercemar.

 

Pegawai kesihatan telah memberi amaran tentang jangkitan kulat ini selama bertahun-tahun selepas menyaksikan kesan kulat berkenaan terhadap ubat yang biasa digunakan tidak banyak memberikan kesan.

 

Pada tahun 2019, doktor mendiagnosis tiga kes jangkitan di New York yang juga tahan terhadap ubat bernama echinocandins, yang dianggap sebagai barisan pertahanan terakhir.

 

Sebelum ini, tidak ada bukti jangkitan yang merebak dari pesakit ke pesakit dijumpai dalam kes di New York dan para saintis menyimpulkan bahawa jangkitan diperoleh semasa rawatan.

 

Namun begitu, CDC memaklumkan kes baru yang tidak dapat dirawat yang dilihat antara Januari dan April tahun ini mulai merebak,

 

101 kes jangkitan Candida auris dijumpai di rumah jagaan bagi pesakit yang sakit parah di Washington DC dan terdapat tiga kes yang tahan terhadap ketiga-tiga jenis ubat antikulat. Sekumpulan 22 kes lagi dilaporkan di dua hospital Dallas dengan dua kes tidak berkesan dengan ubat.

 

Tambah lagi, dari lima orang yang tidak berkesan dengan rawatan dan ubat sedia ada, tiga dilaporkan telah mati.

 

Dr Lyman mengatakan kedua-duanya adalah wabak yang berterusan, dan lebih banyak jangkitan telah dikenal pasti sejak April.

 

Sumber: Daily Star