Sedih Lihat Kuda Rebah Akibat Strok Haba Ketika Bawa Pelancong

Seekor kuda didapati rebah ketika sedang menarik gerabak yang dipenuhi pelancong di Majorca.

sedih lihat kuda rebah akibat strok haba ketika bawa pelancong

Pulau peranginan terkenal itu kini turut dilanda  gelombang haba, namun ramai pelancong yang tidak melepaskan peluang untuk bercuti termasuklah menggunakan perkhidmatan kuda bagi bersiar-siar.

 

Kejadian menyedihkan itu mendapat perhatian orang ramai yang berada disitu, malah turut menggesa pemandu untuk memberikan air kepada kuda yang dilihat letih dan haus.

sedih lihat kuda rebah akibat strok haba ketika bawa pelancong

Kuda itu rebah pada petang Sabtu lalu di Dataran Juan Carlos I dekat Palma, selepas bandar itu dilanda suhu panas mencecah 40 darjah Celsius.

 

Ekoran daripada insiden itu, aktivis hak haiwan akan membuat aduan rasmi mengenai kejadian itu kerana perkhidmatan kereta kuda tunggangan adalah satu bentuk eksploitasi haiwan.

sedih lihat kuda rebah akibat strok haba ketika bawa pelancong

“Ia mungkin berpunca daripada strok haba atau haiwan itu tidak sesuai digunakan bagi perkhidmatan tersebut disebabkan beberapa faktor termasuk usia.

“Kami mengecam isu ini kerana ia merupakan kali ketiga kejadian serupa berlaku dalam tempoh dua bulan.

“Jadi, kami perlu tahu perkara sebenar sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku,” kata Guillermo Amengual, seorang aktivis haiwan.

 

Sumber: Utusan

 

ARTIKEL BERKAITAN