Kucing antara haiwan yang paling memahami akan manusia. Kucing juga boleh merasai apa yang sedang dilalui oleh tuannya. Kalau dah rapat, memang kucing tu akan sentiasa menghargai penjaganya.
Begitulah yang terjadi pada seekor kucing jantan yang diberi nama Nana. Biarpun tuannya, Ab Aziz Ismail, 61, sudah meninggal dunia akibat kompilasi buah pinggang pada tahun 2018, Nana tetap setia melawat pusara tuannya.
Menurut isteri Ab Aziz, Hasnah Che Amat, 68, sepanjang suaminya hidup, Nana sering kali bermanja dengannya. Apa yang lebih menyentuh hati adalah Nana sering menanti kepulangan arwah dari surau usai menuanikan solat Subuh.
Keakraban haiwan tersebut dengan penjaganya telah memberi kesan kepada Nana apabila tuannya meninggal dunia. Menurut Hasnah,dalam tiga bulan selepas suaminya menghembuskan nafasnya yang terakhir, keadaan Nana sangat menyedihkan kerana tidak lalu untuk makan. Nana sepertinya sangat terkesan dengan pemergian tuannya.
Selain itu, selama 40 hari kematian suaminya, beliau dan beberapa ahli keluarga akan ke pusara untuk membacakan surah Yassin. Tapi apa yang menyentuh hati adalah Nana akan tiba di sana terlebih dahulu.
"Di kubur arwah, Nana akan duduk di bahagian kepala. Bermula dari situlah kami lihat keajaiban kasih sayang Nana dan arwah suami. Malah, sehingga kini setiap pagi Jumaat, kami akan ziarah kubur, tentu Nana akan sampai dahulu.
Berbuatlah baik kepada sesiapa dan sesama makhluk lain. Kita tak tahu kebaikan mana yang akan dibalas oleh Tuhan.
Sumber: Berita Harian