Kucing Tahu Dia Ada Nama Dan Dia Tahu Kalau Dipanggil

kucing tahu dia ada nama dan dia tahu kalau dipanggil

Kucing adalah haiwan peliharaan yang merupakan peneman setia manusia dan menjadi pilihan orang ramai. Haiwan yang comel ini juga tidak asing lagi dalam kehidupan seharian manusia dan sering mencuit hati dengan telatah dan kerenah yang ditunjukan. Walaupun kucing mempunyai perangai degil dan tak menurut kata tuannya tetapi  siapa saja yang boleh tahan dengan muka si comel ni, mesti rasa geram nak peluk cium kan?

Korang nak tahu tak sebenarnya kucing tahu kalau namanya dipanggil cuma kadang-kadang kucing  ni dia buat tak tahu je. Kucing cukup pintar untuk tahu namanya dan kucing tahu kalau ia dipanggil oleh tuannya. Hasil kajian daripada pakar apabila mengkaji reaksi setiap kucing ketika dipanggil , ia memberikan respon seperti mengerakkan telinga, kepala atau ekornya.

Kajian menunjukan kucing sangat sensitive dengan emosi pemiliknya lagi-lagi kalau pemiliknya sedih. Kucing seolah olah dapat merasainya juga. Kucing juga dapat membezakan suara tuannya dengan orang lain. Kesimpulannya kucing sebenarnya memahami dan peka ketika tuannya memanggil. Kalau dia tak layan panggilan tu, dia memang memilih untuk tidak melayan like ‘talk to the hand’! haha

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: mstar