Mayat seorang wanita telah menjadi makanan kepada 20 ekor kucing peliharaannya selepas mangsa dilaporkan rebah dan meninggal dunia dalam sebuah rumah tanpa disedari jiran tetangga.
Menurut laporan, mangsa yang tinggal di Bataysk, Rusia membela kucing-kucing baka Maine Coon sudah pun mati dalam rumah berkenaan selama dua minggu sebelum ditemui oleh pihak berkuasa.
.
Mangsa ditemui dalam keadaan separuh badannya sudahpun di makan kucing-kucing peliharaannya yang kelaparan akibat daripada kematiannya yang mengejut itu.
.
Insiden itu hanya disedari selepas seorang pekerja menghubungi polis apabila wanita itu gagal dhubunginya. Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah dikesan.
.
Kucing baka Maine Coon umumnya mempunyai sifat pasif dan manja, namun boleh bertukar agresif apabila tidak mendapat makan dan minum selama dua minggu, hinggakan terpaksa memakan daging mayat tuannya sendiri.
.
Beberapa ekor kucing milik mangsa telah pun mendapat rawatan dan dijual kepada pemilik baharu. Namun tidak dapat dipastikan sama ada pemilik baharu kucing itu diberitahu atau tidak bahawa haiwan tersebut pernah memakan daging manusia.
.
Buat anda yang hidup berjiran, rajin-rajinlah bertegur dan bertanya khabar dengan jiran anda. Ia bukan sahaja sebagai langkah keselamatan, malah dapat membentuk ruangan positif dalam kejiranan.
.
Sumber: [1]