Kucing Jantan ShortHair Eropah Dikesan Varian Virus Korona UK

Varian virus korona UK telah dikesan pada seekor kucing jantan shorthair Eropah berusia lapan tahun di wilayah Novara utara, Itali.

kucing jantan shorthair eropah dikesan varian virus korona uk

Haiwan peliharaan itu mula mendedahkan simptom sekitar 10 hari setelah pemiliknya positif COVID-19 dan mengasingkan diri di rumah yang mana kucing itu kemudiannya segara memanggil perkhidmatan veterinar.

Doktor haiwan terbabit kemudiannya melakukan ujian swab terhadap kucing tersebut sebelum menyerahkannya kepada institut yang terlibat dalam mengesan varian virus UK itu di dalamnya.

Biarpun begitu, kedua-dua kucing dan pemiliknya kini dilaporkan sedang berada dalam proses pemulihan.

Susulan penemuan varian virus pertama pada kucing, pihak berkuasa kesihatan wilayah utara Piedmont memberi jaminan kepada orang ramai bahawa tiada apa-apa masalah yang perlu untuk dikhuatirkan.

Hal itu kerana, tiada bukti yang mengatakan haiwan peliharaan berupaya menyebarkan COVID-19 kepada manusia.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN