Kucing Gergasi 'Tawan' Bandaraya Tokyo

‘Comel’, begitulah tanggapan pertama buat penduduk di Tokyo, Jepun yang menyaksikan seekor kucing 3D yang tidur di salah satu bangunan di bandar raya itu.

kucing gergasi 'tawan' bandaraya tokyo

Bagaimanapun, ia bukanlah kucing sebenar, kerana kucing tersebut hanya ‘hidup’ dalam skrin LED seluas 1.664 kaki persegi dengan paparan resolusi 4k.

Papan iklan terbabit boleh dilihat di salah satu stesen kereta api tersibuk di daerah Shinjuku, Tokyo.

Sejak ia mula ditayangkan, video berupa kucing 3D yang seolah-olah sedang tidur dan kemudiannya terjaga itu tular di media sosial sehingga salah satu rakaman video kucing terbabit yang dimuat naik di Twitter meraih sehingga lebih 5 juta tontonan.

Oleh kerana tidak semua orang dapat mengunjungi tempat terbabit untuk menyaksikan sendiri kucing 3D itu secara langsung, salah satu syarikat yang terlibat dalam cetusan hebat tersebut, iaitu Cross Space, turut memuat naik paparan iklan itu di YouTube agar ia dapat ditonton orang ramai dari serata dunia.

 

Sumber: [1]