Kucing Gemuk Berjaya Tarik Pelancong Lawat Ke Bandar Kecil Ini

Seekor kucing gemuk dari bandar Szczecin, Poland telah menjadi tarikan pelancong yang popular, dengan pelawat dari seluruh negara datang untuk melihatnya dan mengambil gambar.

kucing gemuk berjaya tarik pelancong lawat ke bandar kecil ini

Kucing bernama Gacek, mempunyai berat lebih daripada 10 kg dan panjang 1.2 meter, gemar untuk berjalan-jalan dan merantau ke seluruh bandar.

kucing gemuk berjaya tarik pelancong lawat ke bandar kecil ini

Saiznya yang besar dan sikapnya yang mesra telah menjadikan dia popular dengan pelancong dan penduduk tempatan, yang sering berhenti untuk membelai atau memberikan makanan kepadanya.

 

Muzium tempat Gacek sering lepak terletak di tengah-tengah Kota Tua Szczecin, kawasan bersejarah yang penuh dengan pemandangan menarik dan mercu tanda. Pada awalnya, ia lengang dengan kehadiran sesiapa, namun sejak kemunculan kucing gemuk ini ia telah menambah daya tarikan kawasan itu dan telah membantu menarik lebih banyak pelancong.

kucing gemuk berjaya tarik pelancong lawat ke bandar kecil ini

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Gacek (@kotgacekeveryday)

 

Selain peranan sebagai tarikan pelancong, Gacek juga menjadi ahli komuniti tempatan yang disayangi.

Dia mempunyai akaun Instagram sendiri, di mana dia memuat naik gambar-gambar pengembaraan harian dan berinteraksi dengan peminat-peminatnya. Namun ada juga peminat yang mengadu jari mereka dicakar oleh kucing ini semasa sedang memberikan makanan.

 

Sumber: Oddity Central