Seorang pemilik kucing terpaksa menulis nota kepada semua jirannya untuk menyatakan bahawa mereka tidak membunuh kucingnya.
Perkara ini terjadi apabila kucing tersebut suka berlakon seperti mati apabila dia terbaring di tengah jalan sambil menjelirkan lidah.
Nama kucing tersebut ialah Lolly dan dia suka berada di tengah jalan dalam keadaan kaku dengan matanya tertutup dan lidahnya terkeluar. Gayanya seperti mati selepas dilanggar.
“Dia suka mendapat perhatian orang lain.” Kata pemilik kucing itu.
“Dia sanggup duduk di tengah jalan dan manusia lain akan mendekatinya untuk memeriksa sama ada dia masih hidup atau pun dah mati.”
Menurut pemilik kucing itu, Lesley Southam, Lolly sangat terkenal di kawasan tersebut dan semua orang tahu perangai Lolly.
Lesley telah menulis dan mengedarkan flyer kepada seluruh jiran-jiran terdekat di kawasannya.
Dia menulis, “Hi nama saya Lolly. Saya sangat suka manusia dan suka berlakon seperti mati di tepi jalan. Saya agar berumur dan ignorant. Jadi, jangan risau tentang saya. Semua orang kenal saya dan vets pun kenal pemilik saya. Jika anda risau tentang saya, call je mak saya.
Weh comelnya kucing ni!
Sumber: METRO