Kuala Lumpur Dinobat Bandar Ke-33 Terbaik Di Dunia

Kuala Lumpur telah menduduki kedudukan ke-33 menerusi satu tinjauan yang dilakukan majalah antarabangsa, Times.

kuala lumpur dinobat bandar ke-33 terbaik di asia tenggara

Senarai Time Out Index 2022 itu meninjau 20,000 pelancong mengenai perkara berkenaan makanan, budaya, pengangkutan dan sebagainya.

Bagi ibu negara Malaysia itu, ia mendahului Singapura yang berada di kedudukan ke-44, Los Angeles di kedudukan 42, dan Dubai di kedudukan ke-40.

Ia juga menduduki tempat teratas dalam kalangan bandar Asia Tenggara lain seperti Manila (35) dan Bangkok (51).

Majalah tersebut turut memuji arena seni tempatan yang semakin berkembang di bandaraya itu.

Turut tidak ketinggalan, 94 peratus daripada semua responden memberi pujian yang tinggi terhadap makanannya sementara 77 peratus mengatakan ia adalah sebuah bandar yang pelbagai dan 62 peratus pula memuji semangat kemasyarakatannya.


Sumber: [1]