Kumpulan KRU menarik perhatian ramai selepas melancarkan video muzik terbaru mereka iaitu 'Voodoo' yang menggabungkan konsep yang diambil dari era terdahulu bagi memberikan sentuhan nostalgia bersama inovasi teknologi.
Video tersebut menampilkan penggunaan teknologi AI generatif untuk menghasilkan kembar digital (Digital Twin) trio adik-beradik itu.
Penghasilan ini sekaligus menjadikan mereka sebagai artis Malaysia pertama yang memperkenalkan era baharu penghasilan video muzik menggunakan teknologi AI.
Lagu Voodoo kini boleh didengar melalui semua platform penstriman digital.
Sumber: Awani