Krisis COVID-19 Kian Meruncing, Mayat Ditemui Bertempiaran Di Serata Jalan Bangkok

Krisis COVID-19 yang melanda sepertinya kian tenat apabila seorang lelaki yang maut akibat COVID-19 ditemui bertempiaran di jalanan, dan tidak jauh beberapa kilometer daripadanya, turut ditemui mayat lain yang terbaring di jalan Ratchadamnoen Avenue.

krisis covid-19 kian meruncing, mayat ditemui bertempiaran di serata jalan bangkok

Ia tidak terhenti di situ sahaja.

Seorang lelaki ketiga yang dikenal pasti berusia 40 tahun ditemui terbaring tanpa denyutan nadi di hadapan sebuah kedai serbaneka.

Dalam situasi yang mana negara tersebut mengalami lonjakan kes yang melambung-lambung, sekurang-kurangnya tiga mayat tersebut difahamkan meninggal dunia dalam tempoh kurang dari 24 jam di serata jalan Bangkok.

Mayat mereka dibiarkan terbaring begitu sambil dirakamkan orang ramai yang berjalan di kawasan sekitar, dan tiada sesiapa yang berani menghampiri.

Mayat pertama, ditemui pada pagi Selasa melibatkan seorang lelaki dijangkiti COVID-19 yang rebah di hadapan Wat Bowonniwet.

Menurut laporan, biarpun pertolongan cemas diberikan, lelaki tersebut meninggal dunia sekitar jam 2 petang dan mayatnya difahamkan tetap berada di sana hingga sekitar jam 10 malam.

Tidak jauh darinya, mayat kedua ditemui pada petang Selasa di Ratchadamnoen Avenue yang mana mangsa dikenal pasti sebagai warga emas berusia 60 tahun dan berasal dari wilayah Rayong.

Seorang pekerja dengan pakaian perlindungan diri (PPE) kemudian datang mengambil mayat tersebut pada jam 10.30 malam.

Mayat yang ketiga pula ditemui di daerah Khlong Toei yang mana pihak polis diberitahu sekitar jam 8.30 malam berkenaan seorang lelaki yang kelihatan terbaring di hadapan pusat beli-belah yang terletak di Jalan Rama IV.

Berdasarkan penjelasan Kapten Sumetat Bawonnnantakul dari Polis Thonglor, lelaki itu tidak memiliki identifikasi pada dirinya serta tidak mempunyai sebarang kesan luka pada tubuh badannya, dan dibawa menjalani autopsi di hospital.

Terdahulu, Thailand telah merekodkan lebih 1.21 juta kes COVID-19 dengan lebih 11,841 jumlah kematian.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN