Krisdayanti Sah Bergelar Nenek Di Usia 46 Tahun, Timang Cucu Perempuan!

Penyanyi terkemuka Indonesia, Krisdayanti, sah bergelar nenek selepas anaknya, Aurel Hermansyah selamat melahirkan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama YouTuber sensasi negara tersebut, Atta Halilintar.

krisdayanti sah bergelar nenek di usia 46 tahun, timang cucu perempuan!

Berita gembira itu dikongsikan menerusi entri Krisdayanti di Instagram dengan foto berupa jari-jemari comel cucunya yang digelar ‘Baby A’.

Difahamkan bahawa momen kelahiran Baby A di Rumah Sakit Bunda Jakarta juga dihadiri ibu tiri Aurel, Ashanty dan bapanya Anang Hermansyah.

krisdayanti sah bergelar nenek di usia 46 tahun, timang cucu perempuan!

Detik berkenaan turut dimuat naik secara langsung oleh menantunya, Atta di laman YouTube miliknya.

Terdahulu, Krisdayanti dilihat begitu teruja ketika majlis sambutan kelahiran cucunya dan tidak sabar untuk bergelar nenek.

Pelantun lagu “Menghitung Hari” itu memiliki dua anak termasuk Aurel, 23, hasil perkahwinannya bersama penyanyi Anang.

Bersama suaminya kini, Raul Limos, Krisdayanti juga mempunyai dua lagi anak iaitu Ariannha Amora Lemos, 10, dan Kellen Alexander Lemos, 9.


Sumber: [1]