Kris Wu Terima Hukuman Penjara 13 Tahun Kerana Jenayah Rogol

Penyanyi terkenal China, Kris Wu akan menerima hukuman penjara 13 tahun oleh Mahkamah Beijing atas kesalahan jenayah rogol. 

Menurut Reuters, Mahkamah di Daerah Chaoyang Beijing mengatakan bahawa siasatan yang dijalankan telah membuktikan yang bekas ahli kumpulan EXO itu telah melakukan jenayah rogol sejak dari November hingga Disember 2020 dan berkumpul untuk aktiviti pergaulan seksual pada Julai 2018

Difahamkan, Kris Wu akan dijangka dihantar pulang meskipun peguam di China berkata pengusiran biasanya berlaku selepas defendan menjalani hukuman mereka.

Dalam pada itu, pegawai dari Kedutaan Kanada di Beijing hadir di hari perbicaraan namun sehingga sekarang, Kedutaan Kanada masih lagi tidak memberi sebarang maklum balas kepada pihak media.

Sumber: AWANI