Selepas dua bulan pencarian di seluruh negara, Kotex hari ini melabuhkan tirai kempen Dana #SheCan dengan menganugerahkan sejumlah RM105,000 kepada 11 penerima yang layak. Dana tahun ini diadakan sebagai lanjutan daripada kempen #SheCanPeriodt edisi terhad jenama ini, yang memperlihatkan pek Kotex Soft and Smooth diberi penampilan baharu sebagai penghormatan kepada wanita yang berjaya mengatasi halangan serta melangkaui batas kamampuan diri.
“Sehingga hari ini, golongan wanita masih menghadapi halangan yang ketara dalam mengejar impian dan cita-cita mereka, termasuk stigma berat sebelah masyarakat yang melabelkan kami lemah disebabkan haid.
Justeru itu, kami melancarkan kempen #SheCanPeriodt untuk mencabar dan menghapuskan persepsi lapuk ini. Lebih daripada itu, kami menggabungkan inisiatif tahunan Dana #SheCan dengan kempen tersebut untuk memberikan sokongan serta sumber yang nyata menerusi misi ini.
Justeru itu, kami melancarkan pertandingan di seluruh negara, mengajak para gadis Malaysia untuk berkongsi impian mereka dan bagaimana impian tersebut berupaya mengatasi halangan, memecahkan diskriminasi gender, melangkaui batas, dan/atau memberi inspirasi kepada kemajuan wanita.
Mesej yang ingin kami sampaikan kepada para gadis adalah, haid atau tidak, mereka mampu menggapai impian,” kata Puan Sarah Chen, Pengurus Kanan Jenama Kotex Malaysia.
Memasuki tahun kelima penganjuran, pertandingan Dana #SheCan Kotex 2024 menarik lebih 300 penyertaan, yang mana 11 penyertaan paling menonjol telah dipilih oleh panel hakim.
Berbekalkan semangat untuk memperkasakan dan menyokong wanita dalam perjalanan masing-masing, Kotex telah memperkenalkan pek Soft and Smooth edisi terhad pada bulan Oktober. Dengan reka bentuk yang menarik dan inovatif, Kotex mempersilakan semua wanita untuk mengambil langkah pertama atau meneruskan perjalanan mereka dalam mencapai apa yang mereka impikan. Setiap pembelian memperkasakan mesej, “meskipun berhadapan cabaran, #SheCanPeriodt.