Banyak Sangat Bangunan Dibina, New York Kini Tenggelam Perlahan-lahan – Kajian

Satu kajian terkini mengesyorkan bahawa sebahagian kota New York di Amerika Syarikat sedang tenggelam secara perlahan-lahan.

banyak sangat bangunan dibina, new york kini tenggelam perlahan-lahan – kajian

Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Earth Future mendakwa ia terjadi disebabkan oleh berat banyak bangunan pencakar langit yang dibina di sekitar pusat bandar. Keadaan ini dijangka akan memperburuk ancaman banjir di kawasan metropolitan tersebut.

 

Menurut The Guardian, bandar yang dikenali sebagai Big Apple ini sedang tenggelam pada kadar purata kira-kira satu hingga dua milimeter setiap tahun.

banyak sangat bangunan dibina, new york kini tenggelam perlahan-lahan – kajian

Tambahan pula, penyelidik mendapati bahawa beberapa kawasan dalam bandar New York menghadapi kadar tenggelam hampir dua kali ganda lebih tinggi berbanding purata keseluruhan.

 

Keadaan ini diburukkan lagi dengan kesan peningkatan paras air laut yang kini meningkat pada kadar kira-kira dua kali ganda disebabkan kutub yang mencair dengan cepat akibat pemanasan global. Paras air di sekitar New York City juga dilaporkan meningkat sebanyak kira-kira 22 sentimeter sejak tahun 1950.

banyak sangat bangunan dibina, new york kini tenggelam perlahan-lahan – kajian

"Peningkatan paras air di kota New York membahayakan kira-kira 8.4 juta penduduk dengan tahap yang berbeza," kata pengarang kajian itu.

 

Kajian itu juga mengesyorkan bahawa risiko yang dihadapi oleh kota New York dijangka akan dihadapi oleh banyak bandar lain di seluruh dunia apabila krisis iklim menjadi semakin teruk.

 

Sementara itu, penyelidik percaya bahawa salah satu faktor yang menyumbang kepada bencana ini adalah disebabkan kebanyakan infrastruktur yang dibina di dalam kota New York.

 

"Berat gabungan beberapa infrastruktur, termasuk Bangunan Empire State dan Bangunan Chrysler di bandar ini, berjumlah kira-kira 1.68 juta paun, bersamaan dengan berat 140 juta gajah.

"Berat ini adalah besar dan dikatakan melebihi daya dukung kawasan darat kota New York," jelasnya.

 

Sumber: The Guardian