Koronavirus: Super Junior Menyumbangkan 10,000 Topeng Muka

koronavirus: super junior menyumbangkan 10,000 topeng muka

Dengan penularan wabak Koronavirus semakin membimbangkan. Orang ramai mengambil inisiatif seperti langkah-langkah penjagaan kesihatan untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan.

Dengan hal itu, kumpulan Super Junior mengambil inisiatif untuk menyumbangkan 10,000 keping topeng muka kepada orang awam.

Super Junior menyerahkan topeng muka kepada The Community Chest of Korea untuk diberikan kepada kanak-kanak dan remaja yang lebih terdedah dengan ancaman virus itu.

"Dengan virus Korona yang baru tersebar di Korea, kami memutuskan untuk menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak kerana sistem imunisasi mereka masih rendah, tambahan pula mereka aktif di luar kawasan rumah.

"Ini adalah usaha kecil kami tapi besar harapan ia akan membantu mengurangkan risiko jangkitan," kata wakil Super Junior.

koronavirus: super junior menyumbangkan 10,000 topeng muka

Dalam perkembangan lain, kumpulan ini membuat comeback pada Selalu lalu dengan album kesembilan, Timeless.

Namun, mereka terpaksa menangguhkan rakaman persembahan Super Junior The Stage oleh kerana penularan wabak Koronavirus.

Setakat tiga kes berkaitan wabak Koronavirus telah direkodkan di Korea Selatan.

Sumber: Soompi