Akibat Kekurangan Vaksin, Korea Utara Diandaikan Guna Antibiotik Rawatan COVID-19

Selepas mengisytiharkan kes pertama COVID-19, Korea Utara diandaikan menggunakan antibiotik dan perubatan tradisional bagi merawat penduduk yang dijangkiti wabak itu.

akibat kekurangan vaksin, korea utara diandaikan guna antibiotik rawatan covid-19

Negara terpencil itu adalah salah satu daripada dua negara yang masih belum memulakan kempen vaksinasi.

Kini ia menggerakkan pasukan termasuk tenteran dan kempen maklumat awam untuk memerangi apa yang diakui pihak berkuasa sebagai wabak ‘meletus’.

Dalam temu bual di televisyen negara, Naib Menteri Kesihatan Awam Kim Hyong Hun berkata negara itu telah beralih daripada kuarantin kepada sistem rawatan untuk mengendalikan ratusan ribu kes yang disyaki ‘demam’ yang dilaporkan setiap hari.

Bagi merawat COVID-19 dan simptomnya, media kerajaan telah menggalakkan pesakit menggunakan ubat penahan sakit dan pelega demam seperti ibuprofen, dan amoksisilin serta antibiotik lain - yang tidak melawan virus tetapi kadangkala ditetapkan untuk jangkitan bakteria sekunder.

Media negara itu juga telah mengesyorkan penduduk berkumur air garam, atau minum teh lonicera japonica atau teh daun willow tiga kali sehari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menghantar beberapa kit kesihatan dan bekalan lain ke Korea Utara, tetapi tidak menyatakan ubat apa yang terkandung di dalamnya.

Sementara itu, negara-negara jiran iaitu China dan Korea Selatan telah menawarkan untuk menghantar bantuan jika Pyongyang memintanya.

Korea Utara mempunyai sejarah panjang dalam membangunkan rawatan tidak terbukti secara saintifik, termasuk suntikan yang dibuat daripada ginseng yang ditanam dalam unsur nadir bumi, didakwa boleh menyembuhkan segala-galanya daripada AIDS sehingga mati pucuk.

Walaupun bilangan doktor terlatih yang tinggi dan berpengalaman bergerak untuk kecemasan kesihatan, sistem perubatan Korea Utara sangat kekurangan sumber, kata pakar.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN