Korea Utara Isytihar Kemenangan Terhadap COVID-19

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un telah mengisytiharkan kemenangan dalam pertempuran melawan COVID-19.korea utara isytihar kemenangan terhadap covid-19

Negara tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah jangkitan yang telah direkodkannya, tetapi sejak 29 Julai ia telah melaporkan tiada kes baru.

Kadar kematian rasmi Korea Utara sebanyak 74 orang disifatkan sebagai keajaiban yang belum pernah terjadi sebelumnya, berbanding negara lain, laporan KCNA, memetik seorang pegawai lain.

Rata-ratanya, Korea Utara hanya melaporkan bilangan orang yang mengalami gejala demam.

Kes harian itu memuncak lebih dari 392,920 pada 15 Mei lalu sehingga mendorong pakar kesihatan memberi amaran berkenaan krisis tersebut yang tidak dapat dielakkan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri telah menimbulkan keraguan terhadap dakwaan Korea Utara itu dengan mengatakan ia percayaan keadaan semakin buruk dan bukannya lebih baik di negara tersebut.

Kakak Kim, iaitu Kim Yo Jong berkata pemimpin Korea Utara itu sendiri mengalami gejala demam serta menyalahkan risalah dari Korea Selatan yang menyebabkan wabak tersebut, lapor KCNA.

"Walaupun dia sakit tenat dengan demam panas, dia tidak boleh baring seketika tanpa memikirkan orang yang perlu dijaga sehingga ke penghujungnya dalam menghadapi perang anti-wabak," katanya dalam ucapan memuji usaha beliau.

 

Sumber: The Star

ARTIKEL BERKAITAN