Korea Selatan Tamatkan Arahan Penjarakan Sosial

Korea Selatan memutuskan untuk menarik semula peraturan penjarakan sosial bermula minggu depan kecuali pemakaian pelitup muka, menurut Perdana Menteri Kim Boo Kyum.

korea selatan tamatkan arahan penjarakan sosial

Pemakaian pelitup muka di dalam bangunan masih perlu, namun keputusan untuk menarik balik pemakaiannya di kawasan terbuka akan dibuat dua minggu lagi, menurut Boo Kyum.

Perintah penutupan perniagaan pada tengah malam dan had 10 orang untuk perhimpunan persendirian juga akan ditamatkan mulai Isnin depan.

Had seramai 299 orang untuk acara dan berhimpunan serta had kapasiti 70 peratus untuk aktiviti keagamaan akan ditarik balik mulai 18 April sementara makan di dalam panggung wayang, kemudahan sukan tertutup dan kemudahan keagamaan pula akan dibenarkan mulai 25 April.


Sumber: [1]