Jangan main-main dengan virus COVID-19 ni. Seorang dah kena boleh menyebabkan satu negara diserang virus ini.
Buktinya, Korea Selatan telah diletakkan dalam keadaan darurat apabila terdapat kes yang terjadi dan bermula di Seoul mula tersebar di seluruh negara itu.
Menurut Presiden negara itu, Moon Jae-in, situasi yang berlaku di Korea Selatan waktu ini lebih getir berbanding penularan yang pernah berlaku dari Gereja Shincheonji.
"Kami berada dalam keadaan darurat dan terdesak kerana jumlah pesakit yang dijangkiti akan terus meningkat," kata Jae-in.
Ekoran daripada peningkatan yang mendadak selama sebelas hari berturut-turut, pihaknya mengambil keputusan untuk memperketatkan langkah-langkah penjarakan fizikal serta menutup sementara operasi perniagaan harian.
Berdasarkan Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit Korea, kebanyakkan kes yang dicatatkan adalah dari mereka yang berada di Seoul. Bandar tersebut mempunyai separuh daripada 51 juta penduduk di negara itu.
Namun, terdapat juga laporan akan jangkitan baharu daripada beberapa bandar besar yang lain seperti Busan, Daejeon dan Sejong.
Sumber: Astro Awani