Korea Selatan akan mula memberikan dos keempat vaksin Covid-19 menjelang akhir Februari serta membekalkan berjuta-juta lagi kit ujian ketika lonjakan jangkitan varian Omicron.
Lonjakan itu telah mendorong kes harian kepada rekod baharu tertinggi, namun dengan program vaksinasi yang meluas, ia telah membantu mengehadkan kematian dan jangkitan serius.
Kumpulan berisiko tinggi akan menjadi kumpulan yang pertama mendapat dos keempat, sebagai suntikan penggalak kedua, kata Menteri Kesihatan Korea Selatan, Kwon Deok-cheol.
"Kami merancang untuk memberikan suntikan keempat kepada mereka yang tinggal di rumah jagaan, serta mereka yang mempunyai imunisasi yang merosot, berikutan peningkatan jangkitan baru-baru ini dalam kalangan orang berusia 60 tahun ke atas," katanya.
Sehinga kini, sekurang-kurangnya 44.22 juta orang, atau 86.2 peratus daripada populasi negara itu telah diberi vaksin sepenuhnya.
Sumber: [1]