Ketika negara lain berlumba untuk meneroka ruang angkasa, Korea Selatan telah mencipta matahari buatan sendiri.
Bukan sahaja mencipta malah, Korea Institute of Fusion Energy (KFE) dengan kerjasama Seoul National University dan Columbia University of United States telah berjaya mengaktifkan matahari buatan tersebut.
Biarpun ini bukan kali pertama matahari tersebut diaktifkan, namun pelancaran kali ini sangat bermakna kerana ia berjaya menahan selama 20 saat dan mencapai 100 juta darjah Celcius.
Pihak KFE juga menyatakan mereka akan cuba untuk mengekalkan pengkatifan matahari buatan ini pada jangka masa 300 saat dan suhu melebihi 100 juta darjag Celcius pada 2025 kelak.
Sumber: Amanz.my