Kumpulan muzik wanita popular dari Korea Selatan, BlackPink baru-baru ini telah mengumumkan lokasi konsert jelajah mereka bermula Oktober 2022 sehingga Jun 2023.
Antara negara yang akan dikunjungi BlackPink nanti adalah Arab Saudi yang mana menjadi persembahan sulung mereka di negara berkenaan.
Riyadh telah disenaraikan sebagai lokasi persinggahan BlackPink pada 20 Januari 2023 dan mereka juga akan membuat persembahan di Abu Dhabi seminggu kemudian.
Menariknya dalam senarai lokasi persinggahan BlackPink kali ini adalah Kuala Lumpur juga menjadi destinasi kumpulan yang dianggotai empat gadis cantik iaitu Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa.
“Konsert Blackpink di Riyadh akan menjadi salah satu kejutan besar dalam sejarah festival ‘Riyadh Season’ tahun hadapan,” kata Pengerusi Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Hiburan Am (GEA), Turki Al-Sheikh.
Menurut beliau lagi, Riyadh Festival adalah satu festival hiburan terbesar di Arab Saudi yang akan berlangsung selama berbulan-bulan dengan pelbagai aktiviti besar.
Selain itu, BlackPink juga akan mengadakan lawatan ke Eropah termasuk hentian di Barcelona, Paris dan dua tarikh di London.
Sumber: Kosmo!