Konsert Kpop Mega in Malaysia di Sunway Lagoon Dibatalkan, Penganjur Mohon Maaf

Penganjur, Starex Global Strategy Sdn Bhd dalam satu kenyataan telah mengumumkan Megacon Kpop Mega Concert yang sepatutnya berlangsung pada 27 Mei 2023 di Surf Beach, Sunway Lagoon, terpaksa dibatalkan.

konsert kpop mega in malaysia di sunway lagoon dibatalkan, penganjur mohon maaf

Menurutnya, konsert yang bakal menampilkan persembahan beberapa kumpulan K-pop terkenal seperti Super Junior, Viviz dan Teen Top, terpaksa dibatalkan pada saat akhir kerana terdapat isu berkaitan tiket penerbangan artis mereka.

 

“Dukacita dimaklumkan bahawa Konsert Mega Kpop Megacon yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mei 2023 di Surf Beach, Sunway Lagoon, Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan kerana terdapat isu tiket penerbangan Artis Korea.

“Semua penonton yang telah membeli tiket berhak mendapat bayaran balik penuh. Disebabkan jumlah bayaran balik yang tinggi, kami menghargai kesabaran anda dengan kami semasa kami berusaha untuk mendapatkan kembali wang mereka.

“Kami memahami bahawa keputusan ini mungkin menyebabkan kesulitan besar kepada khalayak kami, dan kami memohon maaf. Kami berharap dapat berjumpa anda di acara kami pada masa akan datang,” demikian menurut kenyataan yang dibuat pihak penganjur.

 

 

konsert kpop mega in malaysia di sunway lagoon dibatalkan, penganjur mohon maaf

Sumber: Instagram