Festival dan Konsert K-pop Di Riyadh, Arab Saudi Hujung Bulan Ini

Riyadh dijadual menjadi tuan rumah festival dan konsert K-pop pertama, yang disebut sebagai KCON pada akhir bulan ini.

festival dan konsert k-pop di riyadh, arab saudi hujung bulan ini

Menurut satu pengumuman oleh Kementerian Kebudayaan Arab Saudi pada Khamis, festival muzik dan budaya Korea Selatan itu akan berlangsung pada 30 September hingga 1 Oktober ini.

 

Bertempat di Boulevard Riyadh City, festival itu akan menampilkan artis K-pop seperti Rain, Sunmi, dan Hyolyn serta kumpulan popular termasuk Pentagon, Secret Number, P1Harmony, The Boyz, Ateez, NewJeans, Oneus, STAYC dan TO1.

festival dan konsert k-pop di riyadh, arab saudi hujung bulan ini

Selain konsert, KCON juga akan memberi penerangan tentang kebudayaan dan kesenian dari Korea Selatan.

festival dan konsert k-pop di riyadh, arab saudi hujung bulan ini

KCON adalah konvensyen tahunan yang diadakan di pelbagai lokasi di seluruh dunia oleh Koreaboo dan dianjurkan oleh CJ E&M. Pertama kali ia diadakan di California Selatan pada 2012 dan sejak itu telah berkembang ke pelabagai negara pada 2022.

 

Acara itu juga adalah sebahagian daripada perjanjian antara Kementerian Kebudayaan dan CJ E&M untuk meningkatkan pertukaran budaya antarabangsa.

 

Januari lalu, konsert K-pop yang dijadualkan berlangsung pada 14 Januari 2022 sempena Riyadh Season 2 terpaksa ditangguhkan selepas ribut pasir serta hujan melanda Riyadh.

 

Sumber: Arab News

ARTIKEL BERKAITAN