Konsert Coldplay: Operasi Stesen LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Tengah Malam Ini

Bagi memudahkan mereka yang menonton Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur hari ini, 22 November 2023, operasi di stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi.

konsert coldplay: operasi stesen lrt bukit jalil dilanjutkan tengah malam ini

Menerusi perkongsian Rapid KL, stesen-stesen sambungan turut dilanjutkan bagi membawa penumpang ke destinasi akhir.

 

Penumpang juga diingatkan untuk menggunakan kad Touch N’ Go dan sentiasa memastikan baki kad mencukupi untuk kelancaran perjalanan.

konsert coldplay: operasi stesen lrt bukit jalil dilanjutkan tengah malam ini

Dijangkakan, seramai 85,000 penonton bakal memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi menyaksikan persembahan band tersohor yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.

 

Sumber: Rapid KL