Permintaan Tinggi, Konsert Coldplay Mungkin Tambah Satu Hari Lagi – Penganjur

Penganjur konsert Coldplay: Music of The Spheres di Malaysia, iaitu Live Nation Malaysia, dilapor sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk memanjangkan acara tersebut selama satu hari tambahan disebabkan permintaan yang tinggi.

hati-hati, dah ada orang jual semula tiket konsert coldplay pada harga tak masuk akal

Para Rajagopal, pengarah urusan Live Nation Malaysia berkata terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan untuk memenuhi kehendak peminat.

 

"Kami terbuka untuk melihat semua pilihan. Kami sedang menjalankan perbincangan berterusan mengenai pelbagai aspek, jadi kami tidak dapat memberikan butiran yang khusus pada masa ini," katanya.

 

Keputusan ini dibuat sebagai respons terhadap petisyen dalam talian yang meminta hari tambahan selepas kumpulan tersebut mengumumkan konsert kedua mereka di Kaohsiung, Taiwan.

permintaan tinggi, konsert coldplay mungkin tambah satu hari lagi – penganjur

Rajagopal juga menasihati peminat agar sentiasa mengikuti pengumuman terkini melalui saluran rasmi penganjur.

 

Beliau mendedahkan bahawa pada 17 Mei, lebih daripada 700,000 orang cuba membeli tiket, yang habis dijual sepenuhnya dalam masa tiga jam yang singkat.

 

Beliau menekankan perbezaan antara membeli tiket penerbangan atau tempahan hotel dan mendapatkan tiket konsert, kerana tekanan ke atas infrastruktur digital adalah berbeza secara ketara.

 

"Sangat berbeza dengan pembelian tiket penerbangan atau tempahan hotel. Tekanan menimpa keseluruhan infrastruktur digital cukup berlainan.

"Secara total, saya rasa kami tiada kawalan terhadap siapa berjaya dapat tiket dan pada jam berapa. Kami buka kepada sesiapa saja untuk masuk dalam sistem, tapi semestinya ada had tiket dijual," katanya.

 

Sumber: HMetro