BTS Makin Mendunia, Jalin Kerjasama Dengan Pharrell Williams Pula

Kumpulan lelaki Korea Selatan terkenal, BTS kini semakin melebarkan sayapnya apabila dilaporkan menjadi rakan duet dengan seorang pemuzik lagenda, Pharrell Willams.

bts makin mendunia, jalin kerjasama dengan pharrell williams pula

Memetik wawancara bersama Rolling Stones baru-baru ini, Pharrell berkata dia kini sedang menyiapkan kolaborasi bersama BTS untuk album terbaharunya yang akan datang, Phriends.

bts makin mendunia, jalin kerjasama dengan pharrell williams pula

Ujar Pharrell lagi, dia tidak sabar untuk memberitahu umum akan kolaborasinya bersama BTS kerana menyifatkan lagu yang akan dinyanyikan mereka itu sangat luar biasa.

 

Kata-kata Pharrell itu disambut oleh RM BTS yang turut menyukai lagu itu.

Selain kolaborasi ini, Pharrell turut membantu dalam proses menyiapkan lagu single RM BTS yang masih berbaki 10 peratus.

 

 

Tak sabar nak dengar lagu baru itu nanti!

 

Sumber: Gempak