Kolaborasi PLUS dan MET Malaysia, Semua 11 Jenama Astro Radio Beri Info Terkini Trafik dan Cuaca!

Musim perayaan ini, rakyat Malaysia boleh mendapatkan maklumat cuaca dan aliran trafik terkini dan terperinci menerusi kesemua 11 jenama di bawah Astro Radio.

kolaborasi plus dan met malaysia, semua 11 jenama astro radio beri info terkini trafik dan cuaca!

Ia selepas satu kerjasama dibuat antara Astro Radio bersama PLUS serta MET Malaysia sebagai usaha memberikan maklumat terkini di udara serta aplikasi dan laman rasmi SYOK.

 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio dan Rocketfuel Entertainment, Kenny Ong berkata, pihaknya teruja untuk memberikan 16.3 juta pendengar mingguan dan 27.5 juta pengikut di media sosial pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan selesa.

 

“Kami teruja untuk memberikan 16.3 juta pendengar mingguan dan 27.5 juta pengikut media sosial kami dengan pengalaman perjalanan yang lebih selamat dan selesa, terutamanya pada musim perayaan ini.

“Kami berterima kasih kepada rakan kongsi kami, PLUS dan MET Malaysia, atas peluang untuk bekerjasama dan menyediakan pendengar kami dengan kemas kini berharga termasuk laporan trafik yang dipertingkatkan dari semua lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Elite, Jambatan Pulau Pinang, serta banyak jalan lain di seluruh negara.

“Selain itu, kami akan terus memaklumkan pendengar dan supaya mereka lebih bersedia untuk menghadapi keadaan cuaca yang akan datang. Kami mengucapkan Selamat Hari Raya, dan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia,” ujar beliau.

 

Untuk itu, buat pertama kalinya, pasukan Trafik Radio Astro akan memantau kamera trafik lebuh raya dan menyiarkan laporan trafik yang tepat dengan pantas daripada Pusat Pemantauan Trafik (TMC), Persada PLUS, melalui udara dan media sosial. Laporan ini juga berdasarkan analisis trafik oleh PLUS dari musim perayaan sebelumnya. Selanjutnya, pendengar boleh dengarkan temu bual eksklusif bersama wakil daripada PLUS untuk strategi pengurusan trafik.

kolaborasi plus dan met malaysia, semua 11 jenama astro radio beri info terkini trafik dan cuaca!

Selain itu, di sepanjang tahun, Astro Radio dan MET Malaysia akan membantu rakyat Malaysia membuat persediaan secukupnya untuk perjalanan mereka ketika di jalan raya dan juga untuk rancangan harian dengan menyediakan ramalan cuaca dan amaran, sekiranya ada, di udara, pada 9.30 pagi dan 3.30 petang, setiap Isnin hingga Jumaat.

 

Wakil MET Malaysia juga akan memberikan pendengar info-info keselamatan untuk menghadapi dan mengendalikan keadaan cuaca buruk termasuk hujan lebat, ribut petir, gelombang panas dan banyak lagi.

 

Untuk maklumat lanjut, dengarkan ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, Hitz FM, Mix FM, Lite FM, MY, MELODY, GOXUAN dan RAAGA di udara atau di aplikasi dan laman web SYOK, serta ikuti Astro Radio News dan Astro Radio Traffic di media sosial.