Baru Nak Dapat Rentak Kemenangan, Matip Pulak Cedera, Klopp Pening!

baru nak dapat rentak kemenangan, matip pulak cedera, klopp pening!

Dah boleh-boleh Liverpool ni mandi bunga. Nasib malang The Reds nampaknya belum berakhir. Sebab pasukan itu keluarkan kenyataan yang Joel Matip tak akan beraksi untuk baki saingan musim ini.

Matip terpaksa berehat panjang kerana kecederaan ligamen pada buku lali ketika Liverpool berdepan Tottenham pada aksi EPL baru-baru ini. Nasib baik Liverpool menang 3-1. Tapi, skuad kendalian Jurgen Klopp ni kehilangan seorang lagi pemain pertahanan akibat kecederaan.

baru nak dapat rentak kemenangan, matip pulak cedera, klopp pening!

Kecederaan Matip ni datang tak kena pada waktu. Ye lah, Liverpool baru je mendapat rentak kemenangan baru-baru ni kan? Sebelum ni jangan kata nak menang, nak jaringkan gol pun susah.

Ok, sebelum ni Virgil Van Dijk dan Joe Gomez disahkan tak akan beraksi musim ni sebab kecederaan panjang. Matip pulak cedera. Lebih teruk, pemain tengah Liverpool, Fabinho yang terpaksa beraksi di bahagian pertahanan pun cedera. Haa, sekarang ni siapa lagi yang Liverpool nak harapkan main pertahanan?

Setakat ni, Klopp dah letakkan kapten, Jordan Henderson, Rhys Williams dan Nathaniel Phillips di posisi pertahanan tengah. Kesemua mereka telah jalankan tugas dengan baik ketika beraksi tapi kita semua tahu yang khidmat mereka ni tak cukup jika Liverpool nak pertahankan kejuaraan liga.

baru nak dapat rentak kemenangan, matip pulak cedera, klopp pening!

Jadi, Klopp telah pun membuat ‘pusingan u’ terhadap keputusannya untuk tidak mendapatkan pemain pada jendela perpindahan yang baru berakhir ni. Ye lah, macam mana nak bersaing kalau ada 2 je pertahanan tengah kan?

Walaupun keadaan nampak sukar selepas dilanda masalah kecederaan, tapi penyokong Liverpool jangan lah risau sangat.

baru nak dapat rentak kemenangan, matip pulak cedera, klopp pening!

Liverpool sahkan telah mendapatkan 2 khidmat pemain pertahanan yang baru. Pertama, Ben Davies daripada Preston North End dengan yuran perpindahan bernilai 2 juta pound. Seorang lagi ialah Ozan Kabak daripada FC Schalke. Tapi Kabak ni Liverpool dapatkan secara pinjaman je la.

baru nak dapat rentak kemenangan, matip pulak cedera, klopp pening!

Pertambahan Davies dengan Kabak ni setidaknya mengurangkan kebimbangan Klopp di bahagian pertahanan. Isu nya sekarang, mampukah kedua-dua pemain ini serasikan diri dengan cepat di Anfield?

Kepada penyokong Liverpool pula janganlah muram sangat. Sinar harapan tetap ada untuk terus bersaing merebut kejuaraan liga. Cuma janganlah terlalu cepat menghukum pemain-pemain ini nanti. Bagi lah muka sikit. Bukan senang nak dapat keserasian dengan pasukan baru. Betul tak?

 

Oleh: Karami Kamel