Kuala Lumpur No.4 di Asia Tenggara Paling Banyak Buang Masa Dalam Jem

Dengan purata masa 16 min 50 saat untuk setiap 10 km, Kuala Lumpur, Malaysia berada di tempat ke-4 di Asia Tenggara dan ke-169 dunia dalam Indeks Trafik terkini 2023.

kuala lumpur no. 4 di asia tenggara paling banyak buang masa dalam jem

Kedudukan itu adalah sama dengan negara jiran, Singapura, yang turut sama berhadapan kesesakan lalu lintas seperti yang biasa dilalui mereka yang berada di ibu kota, Kuala Lumpur.

kuala lumpur no. 4 di asia tenggara paling banyak buang masa dalam jem

Dalam kajian sama, tarikh 14 Feb 2023 merupakan hari paling buruk untuk memandu kerana purata dalam kesesakan lalu lintas untuk 10km adalah selama 21 min 40 saat.

kuala lumpur no. 4 di asia tenggara paling banyak buang masa dalam jem

Dalam pada itu, kedudukan pertama bagi kesesakan lalu lintas paling buruk di Asia Tenggara adalah di Manila, Filipina dengan purata masa dalam kesesakan lalu lintas adalah 27 min 20 saat bagi setiap 10 km.

 

Kedudukan kedua pula adalah di Jakarta, Indonesia dengan purata 23 min 20 saat, diikuti Bangkok, Thailand dengan purata masa dalam kesesakan lalu lintas adalah sebanyak 21 min 40 saat.

kuala lumpur no. 4 di asia tenggara paling banyak buang masa dalam jem

Bagi peringkat dunia pula, ibukota London berada pada kedudukan pertama dengan purata masa dalam kesesakan lalu lintas untuk 10 km adalah pada 37 min 20 saat, diikuti Dublin, Ireland (29 min 30 saat) dan Toronto, Canada (29 min).

kuala lumpur no. 4 di asia tenggara paling banyak buang masa dalam jem

Bandar yang paling kurang kesesakan lalu lintas di dunia adalah di Oklahoma City, Knoxville dan San Diego di Amerika Syarikat dengan purata masa kurang 10 min untuk perjalanan 10 km.

 

Sumber: Tomtom Traffic Index 2023