KKM Nafi Pernah Keluarkan Infografik Mengenai Dos Keempat COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya pernah menerbitkan infografik mengenai pengambilan dos vaksin COVID-19 keempat seperti mana yang tular baru-baru ini.

kkm nafi pernah keluarkan infografik mengenai dos keempat covid-19

Menerusi entri di Facebook, KKM memaklumkan bahawa infografik yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

“Bagi memastikan fasa Peralihan ke Endemik yang akan bermula pada 1 April ini dilaksanakan dengan selamat, fokus paling utama adalah memupuk kesedaran komuniti ataupun solidariti komuniti serta tanggungjawab individu terhadap pematuhan SOP (prosedur operasi standard) dan meluaskan capaian program vaksinasi sedia ada,” jelasnya.

Dalam entri sama, KKM turut mengatakan bahawa penerima vaksin lengkap jenis Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas dan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang telah menerima vaksin lengkap semua jenis perlu mendapatkan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap mereka seperti yang diumumkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Dalam pada itu, tempoh masa yang ditetapkan telah dilanjutkan hingga 31 Mac dan status vaksinasi lengkap akan ditukar kepada tidak penggalak sekiranya individu masih belum mendapat dos penggalak, bermula 1 April ini.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN