KitKat® Lancar Coklat-Bermotif-Ketupat Pertama Sempena Kempen Raya “Rezeki Dikongsi Bersama”

KitKat® Nestlé menyambut ketibaan bulan Ramadan dan kemeriahan Hari Raya tahun ini dengan pelancaran kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” bagi meraikan semangat perkongsian dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

kitkat® lancar coklat-bermotif-ketupat pertama sempena kempen raya “rezeki dikongsi bersama”

Kempen ini menawarkan produk edisi terhad Raya yang menarik, muzik video animasi Raya KitKat® dan pelbagai kolaborasi istimewa lain.

 

Tahun ini, KitKat® memperkenalkan KitKat® Ketupat edisi terhad Raya iaitu kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang enak dan buat pertama kalinya didatangkan dengan motif ‘Ketupat’ yang diterap pada bar coklat KitKat® 4-Jejari.

kitkat® lancar coklat-bermotif-ketupat pertama sempena kempen raya “rezeki dikongsi bersama”

Ketupat ialah hidangan ikonik yang sering dihidangkan semasa bulan Ramadan dan Hari Raya. Ia diperbuat daripada nasi yang dihimpit dalam bungkusan sulaman daun kelapa. Corak sulaman Ketupat yang halus melambangkan Silaturrahim, iaitu ikatan perhubungan dan persahabatan baik yang wujud dalam budaya Malaysia serta tradisi Islam – seterusnya menandakan inti pati kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat®. Sehubungan dengan itu, KitKat® Ketupat berharap dapat menyebarkan kasih sayang, kebahagiaan dan hubungan erat ke setiap rumah semasa meraikan Raya dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi rezeki!  

 

KitKat® Ketupat edisi terhad Raya hadir dalam empat koleksi rekaan unik, setiap satu menandakan warisan tradisi Raya dan sesuai dijadikan sebagai hadiah Raya yang enak untuk dikongsi dan ‘cele-break’ bersama keluarga dan rakan-rakan. KitKat® Ketupat terdapat dalam dua format pembungkusan yang berbeza - KitKat® Ketupat 4 Jejari 4 Multipack dan KitKat® Ketupat 4 Jejari 2 Multipack.

kitkat® lancar coklat-bermotif-ketupat pertama sempena kempen raya “rezeki dikongsi bersama”

KitKat® turut berganding bahu dengan jenama fesyen kontemporari tempatan, Mimpikita. Kolaborasi KitKat® x Mimpikita Pek Edisi Raya ini termasuk sebuah gelas minuman Luminarc yang direka khas oleh Mimpikita bersama 2 pek KitKat® Mini 9g Sharebags. Terdapat tiga reka bentuk eksklusif untuk dikumpulkan.

 

Pelancaran kempen Raya “Rezeki Dikongsi Bersama”  KitKat® turut disertai oleh dua selebriti tempatan, MK K-Clique dan Nabila Razali yang mendendangkan lagu tema “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat® dalam muzik video animasi Raya KitKat® yang terbaru.

kitkat® lancar coklat-bermotif-ketupat pertama sempena kempen raya “rezeki dikongsi bersama”

MK K-Clique berkata, walaupun makanan merupakan ciri penting dalam sambutan Ramadan dan Hari Raya, namun musim perayaan akan menjadi lebih bermakna jika boleh berkongsi rezeki dengan orang-orang yang terdekat. “Saya berbesar hati dapat kembali dan menyertai kempen “Rezeki Dikongsi Bersama” KitKat® bersama Nabila Razali pada tahun ini. Kami harap lagu ini dapat meriangkan lagi suasana Ramadan dan Hari Raya untuk semua,” tambah MK lagi.

 

Bersempena dengan kempen Raya “Rezeki Dikongsi Bersama”, KitKat® juga menyalurkan sumbangan RM10,000 kepada AEON Mesra, sebuah inisiatif jangkauan komuniti oleh Yayasan AEON Malaysia. Dengan usaha mendekati komuniti ini, kanak-kanak kurang berkemampuan dapat berkongsi kegembiraan dan keseronokan musim perayaan dengan membeli-belah di pasar raya AEON, sebagai persiapan menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

 

Selain itu, rakyat Malaysia juga boleh berkongsi ‘rezeki’ mereka dengan melayari saluran YouTube, Facebook dan Instagram KitKat® dan tekan butang “LIKE” pada muzik video animasi Raya KitKat® yang menampilkan MK K-Clique dan Nabila Razali. KitKat® akan menyumbang RM2 untuk setiap "LIKE" yang diperoleh, sehingga RM100,000, dengan semua hasil akan disalurkan kepada organisasi amal yang terpilih. Tertakluk pada terma dan syarat.

 

Mulai 30 Mac hingga 2 April 2023, KitKat® akan mengadakan pameran pengguna selama 4 hari bertempat di LG2 Central Avenue, Sunway Pyramid yang menyediakan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.nestle.com.my/brands/confectionery, FB di https://www.facebook.com/KitKatMalaysia dan IG di www.instagram.com/KitKatMalaysia