Kit Ujian Kendiri COVID-19 Kini Turun Harga

Harga kit ujian kendiri COVID-19 diturunkan menjadi RM6.90 seunit di pasar raya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak tertentu.

kit ujian kendiri covid-19 kini dijual pada rm6.90

Perkara tersebut dikongsikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut beliau, ia susulan langkah perluasan penjualan kit ujian kendiri itu secara berperingkat termasuk di pasaraya, rangkaian kedai serbaneka dan stesen minyak.

“Ini tentunya satu berita yang sangat baik kepada pengguna pada situasi hari,” katanya.

Tambahnya, walaupun Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dimaklumkan harga yang ditawarkan adalah serendah RM6.90, tetapi ada juga yang menjualnya pada harga lebih rendah iaitu pada RM6.60 seunit.

Terdahulu, kerajaan menetapkan harga runcit maksimum bagi kit berkenaan pada harga RM19.90 dan harga borong RM16 seunit berkuatkuasa 5 September lalu.

 

Sumber: [1]