Kisah Sahabat Baik Zaman Sekolah Bertukar Menjadi Ibu Tiri

Perjalanan takdir itu sememangnya merupakan sesuatu yang misteri.

kisah sahabat baik zaman sekolah bertukar menjadi ibu tiri

Samalah seperti kisah seorang gadis ini yang mana sahabat baik sejak zaman persekolahannya bertukar menjadi ibu tiri selepas mengahwini ayahnya sendiri.

Menerusi perkongsian gadis itu di TikTok menerusi akaun @fiithryyyyy_22, coretnya pada video itu, “Dia rakan sekelas sekolah menengah saya.”

Dalam video sama, gadis itu turut berkongsi gambar-gambar bersama sahabat baiknya itu ketika mereka berpakaian seragam sekolah sehingga dia berada di atas pelamin bersama bapanya di hari perkahwinan mereka.

kisah sahabat baik zaman sekolah bertukar menjadi ibu tiri

Difahamkan perkahwinan antara sahabat baik bersama bapanya itu telah dilangsungkan pada 28 Ogos 2021.

Sejak dimuat naik, video tersebut telah ditonton lebih 18 juta kali.

Apa-apa pun, salute dengan gadis itu kerana menyambut kehadiran seseorang yang bergelar sahabat baik ke dalam keluarganya sebagai figura ibu tiri merangkap pasangan baru ayahnya sendiri.

Mungkin ini yang orang namakan persahabatan sehingga hujung nyawa!

 

Sumber: [1]