Kisah Cinderella UiTM FC

kisah cinderella uitm fc

UiTM FC berpeluang cipta sejarah musim ini!

Ini merupakan kali pertama UiTM FC beraksi dalam saingan Liga Super dan skuad kendalian Frank Bernhardt telah mengejutkan ramai pihak.

Mana taknya, sasaran UiTM FC pada awal musim ialah untuk tamatkan saingan liga dalam kelompok 8 terbaik.

Tapi berbaki 2 perlawanan ni, UiTM FC berada di kedudukan ke-4 dan ada peluang untuk menamatkan musim di tangga ke-2!

Kalau berjaya, UiTM FC akan beraksi dalam saingan Piala AFC musim depan. Power tak power?

Tapi, mereka kena menang dulu baki 2 perlawanan musim ini. UiTM akan berdepan PJ City FC minggu ini sebelum berdepan Sabah minggu depan.

Menang je tak cukup untuk UiTM FC. Mereka kena berharap Kedah dan Perak cicir mata dalam baki saingan musim ini.

Nampak sukar tapi perlu diingat yang musim ini, UiTM FC dah kalahkan Terengganu FC dan Pahang selain seri dengan Selangor dan Kedah.

Kalau UiTM FC berjaya tamatkan musim ini di tangga ke-2, mereka akan jadi pasukan bertaraf universiti pertama untuk berbuat demikian!

Dah pasti pujian harus diberikan kepada ketua jurulatih, Frank Bernhardt la kan?

Oleh : Karami Kamel