Kini Jadi Trend Anak Muda Tonton Video Pada Kelajuan 2x

Kebanyakkan laman penstriman dan video seperti YouTube menyediakan sokongan menonton pada kelajuan lebih perlahan atau lebih pantas iaitu 0.5x, 0.75x, 1x (normal), 1.25x dan 1.5x. Malah ada juga pemain video yang menyokong sehingga 8x kelajuan.

kini jadi trend anak muda tonton video pada kelajuan 2x

Apabila pengguna menetapkan pada kelajuan-kelajuan ini, video dan audio akan dimainkan sama ada lebih perlahan atau lebih laju berbanding biasa.

 

Di China, terdapat sejumlah pengguna yang dikatakan gemar menonton video pada kelajuan lebih pantas, iaitu 28.2% bilangan pengguna daripada satu bancian yang dibuat.

kini jadi trend anak muda tonton video pada kelajuan 2x

Angka itu lebih tinggi dalam kalangan pengguna lebih muda iaitu sekitar 40% yang memilih untuk menonton pada kelajuan dua kali ganda. Malah, sebanyak 29% responden menonton drama bersiri pada kelajuan 2x ini.

 

Berdasarkan kajian itu lagi, pengguna menonton pada kelajuan pantas dengan alasan bagi menjimatkan masa. Trend ini selari dengan pertambahan platform video pendek seperti TikTok dan Reels di Instagram yang lebih menjimatkan masa untuk menikmati sesuatu kandungan.

 

Trend menonton video pada kelajuan lebihpantas ini mungkin bakal membawa beberapa perubahan dalam bentuk penerbitan kandungan pada masa akan datang. Siapa tahu, filem dan drama di kaca TV suatu hari nanti akan disiarkan dengan kelajuan lebih pantas?

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN