Kim Jong Kook Positif COVID-19

Penyanyi Korea Selatan yang juga bintang realiti televisyen popular, Kim Jong Kook disahkan positif COVID-19.

kim jong kook positif covid-19

Perkara tersebut dimaklumkan oleh agensinya Turbo JK pada Khamis.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi tersebut, Jong Kook yang telah selesai mendapatkan dos lengkap vaksinasi, difahamkan hanya mengalami simptom ringan dan telah menjalankan ujian kendiri pada 9 Februari.

Berikutan itu, semua aktiviti penyanyi tersebut bakal ditangguhkan bagi memberi laluan kepada dirinya untuk menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan oleh pihak kesihatan negara itu.

Agensi JK Turbo turut meminta para peminat supaya mendoakan kesembuhan penyanyi tersebut dan akan mengikut semua garis panduan ditetapkan bagi mengelak penularan COVID-19 terhadap artis dan kakitangan syarikat terbabit.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN