Kim Jong Kook Dan Ramai Lagi Bakal Kongsi Pentas Astro 25 Concert Dengan Barisan Selebriti Tempatan

Pelanggan Astro akan dihiburkan dengan konsert virtual secara langsung yang dibarisi nama-nama hebat tempatan dan antarabangsa termasuklah dari Korea pada 25 September ini, jam 9 malam di televisyen Astro 25 (Saluran 100) dan platform Astro Go.

kim jong kook bakal kongsi pentas dengan barisan hebat artis tempatan sempena astro 25 concert!

Astro 25 Concert merupakan satu bentuk penghargaan terhadap para pelanggan yang setia bersama di sepanjang perjalanan Astro sehingga menjadikan ia sebagai destinasi hiburan #1 pilihan rakyat Malaysia.

Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, “Sebagai sebahagian dari usaha Astro untuk meraikan rakyat Malaysia selama 25 tahun kami berkhidmat ini, kami begitu teruja untuk membawakan ‘Astro 25 Concert’, yang akan menyaksikan persembahan terhebat dari artis-artis naungan Astro yang mana mereka akan turut digandingkan bersama ramai lagi nama-nama hebat di rantau ini mahupun di peringkat antarabangsa.

“Seiring dengan tema sambutan Astro yang ke-25 tahun iaitu ‘Better Together’, kami percaya bahawa kita semua akan lebih baik jika terus kekal bersama. Konsert ini diadakan istimewa buat setiap pelanggan dan bakat-bakat tempatan dalam industri khususnya yang selama ini setia menyokong Astro dalam misi memastikan rakyat Malaysia sentiasa terhibur dan kekal berinformasi di kala kami berusaha melebarkan sayap menjangkaui TV dan radio.

“Bakal disiarkan di Saluran 100, semua pelanggan Astro boleh menikmati persembahan terhebat yang kami bawakan secara terus ke rumah anda, ditonton dengan selesa bersama keluarga tersayang.”

kim jong kook dan ramai lagi bakal kongsi pentas astro 25 concert dengan barisan selebriti tempatankim jong kook dan ramai lagi bakal kongsi pentas astro 25 concert dengan barisan selebriti tempatankim jong kook dan ramai lagi bakal kongsi pentas astro 25 concert dengan barisan selebriti tempatankim jong kook dan ramai lagi bakal kongsi pentas astro 25 concert dengan barisan selebriti tempatan

Dihoskan oleh artis popular tanah air, Nabil Ahmad dan personaliti radio, Ean, Arnold dan Aishah Sinclair, konsert berdurasi tiga (3) jam ini akan menampilkan persembahan hebat dari selebriti berikut: -

  • Bintang ‘Running Man’, Kim Jong Kook, yang turut dikenali dengan suara balada yang merdu dan penuh melankolik; beliau akan mempersembahkan salah satu lagu popular beliau. Running Man merupakan program variasi Korea pilihan nombor 1 rakyat Malaysia dan disiarkan di ONE HD (Astro Saluran 393) pada setiap hari Jumaat. 
  • Kumpulan Gen Z yang kini begitu digilai ramai, TOMORROW X TOGETHER, merupakan kumpulan terbaharu dan popular dari Seoul kerana memilik suara yang merdu dan mampu menyampaikan persembahan yang cukup hebat. Muzik mereka dianggap cukup dekat dengan generasi hari ini kerana diinspirasikan dari kisah-kisah tauladan dan sesuai dengan remaja di seluruh dunia. 
  • Pemenang anugerah Grammy sebanyak dua (2) kali, Jason Mraz, pemuzik dari Amerika, Pink Sweat$, penyanyi serta penulis lagu, Bazzi, dan alumni program The Voice UK, Jamie Miller
  • Barisan penghibur tersohor negara termasuklah nama-nama legenda tanah air seperti Datuk Sheila Majid, Ella, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, Datuk M. Nasir, Datuk Syafinaz, Erra Fazira dan Anuar Zain ke Ernie Zakri, Datuk Hattan, Misha Omar, Mugen Rao, Syamel, Zee Avi, Shio Yee, Liza Hanim, Hael Husaini, Datuk Aznil Hj Nawawi dan Zynakal. 
  • Kumpulan lelaki Cantopop Hong Kong sensasi, Mirror, bintang Hong Kong Ruco Chan, dan pemenang TVB Stars Academy yang baru sahaja berusia 15 tahun, Gigi Yim
  • Kumpulan popular Indonesia, Dewa 19, yang turut merupakan kumpulan rock yang begitu disegani ramai khususnya di Indonesia, Once Mekel, bekas penyanyi utama kumpulan Dewa 19, Slam, kumpulan rock tanah air, dan pemenang Singapore Idol, Taufik Batisah.  
  • Pelawak dan hos terkemuka negara, Harith Iskander, bersama pemain komedi, pelakon dan pengacara TV popular Singapura, Kumar
  • Bintang-bintang dari program terbitan Astro seperti Amir Masdi, Siti Nordiana, Naqiu, Yoke Chen, Sarah Suhairi, Santesh, Nicole Lai, Azharina, Han Byul, Noryn Aziz, Vanessa, Vince Chong dan Aina Abdul.
  • Barisan artis sensasi tanah air seperti Lil J, Orga, TUJULOCA, MK K-Clique, Haqiem Rusli, Yonnyboii dan Abigail – figura generasi hari ini, yang mana popular dan menempa nama menerusi platform media sosial umumnya.

‘Astro 25 Concert’ akan bersiaran pada Sabtu, 25 September, jam 9 malam di Astro 25 (Saluran 100) dan juga boleh distrim menerusi Astro Go.

Siaran ulangan atau ‘encore viewing’ juga boleh ditonton menerusi platform On Demand, selepas berakhirnya konsert.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Astro 25 Concert’, layari Facebook @Astro, Twitter @astroonline and Instagram @astromalaysia. 

ARTIKEL BERKAITAN