Khuhyun Super Junior Kena Kecam Teruk Gara-Gara ‘Kacau’ Taeyeon Waktu Video Call

Ahli Super Junior, Khyhyun menerima kritikan daripada wargamaya Korea selepas tampil secara mengejut dalam acara pertemuan peminat Taeyeon, yang juga rakan labelnya dari SM Entertainment.

khuhyun super junior kena kecam teruk gara-gara ‘kacau’ taeyeon waktu video call

15 Mac lalu, beberapa peminat bertuah diberi peluang untuk berborak secara “one-on-one” dengan ahli Girls’ Generation itu melalui panggilan video.

Difahamkan, seramai 30 peminat telah diberi peluang untuk bercakap dengan Taeyeon selepas memenangi satu peraduan.

Bagaimanapun, terdapat perdebatan dalam kalangan wargamaya di platform komuniti dalam talian mengenai acara tersebut.

Kritikan itu ditujukan khususnya kepada Khuhyun yang mengejutkan peminat dengan penampilannya dalam acara tersebut.

Dalam salah satu tangkapan skrin acara yang telah tular dalam talian, penyanyi “Sorry Sorry” itu dilihat tiba-tiba mengganggu panggilan video Taeyeon dengan salah seorang peminatnya.

Walaupun sikapnya menyentuh hati, namun ramai yang mengecam Khyuhyun kerana terang-terangan mengganggu acara panggilan video penyanyi wanita pujaan itu bersama peminatnya.

Ada juga peminat lain yang menegaskan bahawa sesetengah peminat mungkin telah membelanjakan banyak wang bagi mendapatkan peluang sehabis baik untuk memenangi peraduan terbabit.

Justeru, ada yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertimbang rasa kerana menerjah sesi tersebut begitu saja.

“Saya berasa sedih untuk peminat yang kehilangan masa,” tulis seorang wargamaya.

“Saya akan berasa sangat marah sekiranya ada orang mengganggu masa berharga saya bersama idola kegemaran saya,” tulis wargamaya lain pula.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN