Khuatir Wabak COVID-19 Merebak Lagi Teruk, New Zealand Laksana Perintah Berkurung Lepas Catat 7 Kes

Selasa lalu, New Zealand kembali mencatatkan tujuh kes COVID-19 selepas enam bulan negara tersebut tidak merekodkan sebarang kes.

khuatir wabak covid-19 merebak lagi teruk, new zealand laksana perintah berkurung lepas catat 7 kes

Susulan itu, Perdana Menteri New Zealand, iaitu Jacinda Ardern memaklumkan bahawa peningkatan tersebut memaksa kerajaan untuk melaksanakan perintah berkurung sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga hari di seluruh negara dan tujuh hari terhadap Auckland dan Coromandel, bertujuan mengelakkan wabak tersebut daripada terus menular.

“Bermula 11:59 malam ini (Selasa) pemakaian pelitup muka adalah mandatori kepada semua yang berusia 12 tahun ke atas ketika melawat mana-mana sektor perkhidmatan perlu termasuk pasar raya, farmasi dan stesen minyak. Peraturan ini turut terpakai kepada semua pekerja di sektor berkenaan.

“Ini bagi memastikan perlindungan kepada para pekerja juga kepada mereka yang melawat sektor berkenaan,” kata beliau.

“Ya, varian Delta menimbulkan ancaman lebih besar, tetapi langkah sama kita pernah gunakan sebelum ini akan berhasil sekali lagi jika kita mengikut peraturan,” lanjutnya.

Terang beliau lagi, penularan wabak terbaru di negara itu sama sekali tidak mempunyai kaitan jelas dengan rentas sempadan, dan siasatan bagi menentukan puncanya kini sedang dijalankan.

Sejak melandanya pandemik COVID-19 di serata dunia, negara yang mempunyai populasi seramai 5 juta penduduk itu hanya mencatatkan 26 kematian.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN