Khairy Beri Amaran Malaysia Mungkin Alami Gelombang Omicron

Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak besar kemungkinan gelombang varian Omicron akan bermula di Malaysia seperti mana yang berlaku di negara-negara lain.

khairy beri amaran malaysia mungkin alami gelombang omicron

Menerusi catatan di Twitter oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, tegas beliau, beberapa langkah perlu segera diambil bagi memperlahankan penularan varian membimbangkan (VOC) yang berasal dari Afrika Selatan itu.

“Liputan dos penggalak yang luas, pemakaian pelitup muka, pengudaraan yang baik #TRIIS (ujian, lapor, mengasingkan), MySJ Trace dan kawalan pintu masuk antarabangsa, antara langkah perlahankan penularan Omicron,” katanya.

“Ada yang rujuk data kesan Omicron tidak seteruk Delta. Nampak begitu, kebolehjangkitan Omicron > (lebih tinggi daripada) Delta.

“Jika denominator kes lebih besar, sudah pasti kemasukan hospital atau ICU (Unit Rawatan Rapi) akan meningkat,” tambahnya.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN