“Nampak Sama Tapi Bukan Dia,” Khairul Aming Ambil Tindakan Isu Sambal ‘Diciplak’

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial berhubung isu Sambal Nyet Berapi ciptaan pempengaruh, Khairul Aming diciplak oleh seorang individu dengan meletakkan nama berbeza iaitu Sambal Nyet Khairi.

“nampak sama tapi bukan dia,” khairul aming ambil tindakan isu sambal ‘diciplak’

Jika dilihat pada pembungkusan dan juga logonya, ia kelihatan saling tak tumpah bagaikan Sambal Nyet Berapi yang dihasilkan oleh Khairul Aming.

 

Ekoran itu, Khairul Aming menerusi hantaran di Instagram berkata, beliau telah mengenalpasti penjual berkenaan dan peguamnya juga telah menghantar Letter of Demand (LOD) terhadap individu itu.

“nampak sama tapi bukan dia,” khairul aming ambil tindakan isu sambal ‘diciplak’

“Berkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, kita telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguam kita telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off.

“Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya. Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021,” kata beliau.

 

 

Dalam pada itu, Khairul Aming berkata beliau sentiasa memberi sokongan kepada peniaga kecil untuk beniaga, tetapi mereka perlulah berniaga dengan cara beretika dan berhemah, agar orang ramai tidak teraniaya seperti ini.

 

Sumber: Instagram Khairul Aming