Keturunan Ketujuh Legenda Mahsuri, Kembali Ke Langkawi

Pasti ramai yang masih mengingati tentang kewujudan seorang insan yang dikatakan keturunan ketujuh, Mahsuri, iaitu Wan Aishah Wan Nawawi.

keturunan ketujuh legenda mahsuri, kembali ke langkawi

Terbaru, wanita yang kini berstatus ibu itu dikatakah telah pulang ke Langkawi.

Wan Aishah atau nama Thainya, Sirintra Yayee atau Nong May, dikatakan waris generasi ketujuh Mahsuri.

Dalam beberapa video yang tular di TikTok, rata-ratanya yang yang memuji kecantikan Wan Aishah yang mewarisi kecantikan nenek moyangnya itu.

Lebih menarik, wanita berusia 37 tahun itu turut membawa anak lelakinya melawat lokasi penuh sejarah, Makam Mahsuri.

Berikut merupakan 10 info menarik mengenai Wan Aishah:

1. Wan Aishah Wan Nawawi atau nama Thailand, Sirintra Yayee atau Nong May dipercayai keturunan ketujuh Mahsuri.

2. Tidak hanya bapanya, ibu Wan Aishah, Sumaini juga berketurunan Mahsuri.

3. Wan Aishah menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand. Beliau mengunjungi Langkawi pada kali pertama pada 2000 sempena ulang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi.

4. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama setahun sebelum menyambung di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.

5. Wan Aishah memilih seorang usahawan muda industri pelancongan, Alee Tongyon sebagai pasangan hidup dan berkahwin pada tahun 2010. Majlis resepsi mereka turut berlangsung di Kompleks Kota Mahsuri, Langkawi.

6. Wan Aishah kini mengenakan penampilan berhijab serta merupakan ibu kepada seorang cahaya mata lelaki.

 

Sumber: Sinar Plus